suria

Hampir Semua Sekolah Rendah Di Sarawak Dapat Perkhidmatan Pergigian - MDA

KUCHING: Hampir 95 peratus sekolah rendah menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian kepada pelajar masing-masing di negeri Sarawak, menurut Persatuan Pergigian Malaysia (MDA).

Presiden MDA Dr Lee Boon Soon berkata pelajar di kawasan pedalaman di negeri itu tidak diabaikan daripada mendapatkan rawatan itu menerusi program anjuran Unit Pendidikan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan.

"Misalnya, daripada 1,262 sekolah rendah di Sarawak termasuk di kawasan pedalaman, hampir 95 peratus mendapat perkhidmatan pergigian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan pertama MDA Zon Timur, konvensyen saintifik dan pameran perdagangan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan berkata hampir 70 peratus penduduk luar bandar di negeri itu menerima bekalan air bersih untuk penjagaan kesihatan pergigian. - BERNAMA

Artikel Lain