Wanita Nepal Cuba Ragut Beg Tangan Ditahan - Semasa | mStar

Wanita Nepal Cuba Ragut Beg Tangan Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita rakyat Nepal, adalah antara 30 yang ditahan polis atas pelbagai kesalahan pada perayaan Thaipusam di sekitar Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves di sini sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata wanita itu yang masuk ke negara ini sebagai pelancong ditahan semasa cuba meragut beg tangan di tangga Batu Caves pada kira-kira pukul 2 pagi ini.

Sementara dua lelaki ditahan kerana membawa pisau yang dipercayai untuk menyamun awal pagi ini, katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kuil Sri Subramaniyar, di Batu Caves di sini, hari ini.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi anggota kita ternampak dua lelaki mencurigakan dan ketika hendak ditahan, suspek cuba membuang pisau mereka namun tidak berjaya," katanya. Beliau berkata polis turut menahan 27 lelaki yang cuba mengenakan bayaran parkir kepada orang ramai, sedangkan kawasan parkir itu adalah percuma.

"Mereka tanpa rasa takut mengenakan bayaran yang mahal, iaitu antara RM10 hingga RM15 kepada pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan di tepi jalan, walaupun telah diberi amaran," katanya.

Abdul Rahim berkata 20 daripada mereka direman hingga Isnin ini, dan kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Polis turut menerima 11 laporan yang melibatkan keciciran pasport dan kad pengenalan, katanya.

Sementara itu, beliau berkata polis merampas 2,580 bunga api dan mercun seberat 1,430 kilogram dari sebuah lori yang terbabas dan ditinggalkan di tepi jalan di Taman Perindustrian Taman Ehsan awal pagi ini.

"Semasa meronda kawasan itu dalam pukul 4 pagi, polis ternampak sebuah lori terbabas tanpa pemandu di dalamnya dan hasil pemeriksaan menemui kesemua barangan itu yang dipercayai diseludup," katanya.

Beliau berkata polis sedang menyiasat gudang yang terlibat dan memburu pemandu lori berkenaan yang dipercayai tercedera dalam kemalangan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Bakal Bertunang Maut Dalam Nahas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain