suria

Najib Bawa Perubahan Kepada Kaum Minoriti - Samy Vellu

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata Datuk Seri Najib Tun Razak, yang belumpun cukup setahun dilantik sebagai Perdana Menteri, telah banyak membawa perubahan dalam pentabiran negara khususnya dalam membantu kaum minoriti.

Beliau berkata kehadiran Najib malam semalam di Batu Caves bagi menyaksikan sambutan Thaipusam membuktikan kerajaan prihatin terhadap masyarakat India negara ini.

"Bagi masyarakat India kehadiran Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di sambutan Thaipusam semalam adalah amat cukup istimewa," katanya kepada pemberita pada sambutan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini.

Najib semalam mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri kedua yang mengunjungi kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves bagi menyaksikan sambutan Thaipusam. Yang pertama adalah ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein.

Ini adalah kali kedua Najib melawat Batu Caves, pertama kali pada 9 Ogos tahun lepas bagi melancarkan karnival 1Malaysia anjuran kuil Sri Maha Mariamman. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain