suria

Hotel Grand Bluewave Tawar Set Menu Istimewa Pada Kekasih

PETALING JAYA: Sempena hari kekasih yang jatuh pada 14 Febuari depan, Hotel Grand Bluewave, Shah Alam menawarkan set menu istimewa untuk makan malam itu.

Pasangan kekasih dipelawa meraikan hari itu pada kadar bayaran menarik iaitu RM150 seorang untuk lima jenis sajian ala barat di ruangan Club Lounge hotel tersebut yang berlatar belakangkan awan.

Ruang tersebut terletak di tingkat 18 dan dihias secara elegan serta romantik khas buat pasangan kekasih yang berkunjung ke situ.

Golongan wanita yang menyambut hari cinta juga akan menerima sebuah patung beruang dan sekuntum bunga ros.

Bagi sesiapa yang ingin menempah bunga ros, bayaran tambahan sebanyak RM100 akan dikenakan untuk setiap setengah dozen ros.

Sesiapa yang berminat diminta menghubungi talian 03-55118811 sambungan 2612 untuk tempahan dan keterangan lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain