suria

Mahan Air Buat Penerbangan Sulung Ke KLIA

SEPANG: Syarikat penerbangan kedua terbesar Iran, Mahan Air, membuat pendaratan sulungnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pengurus Kawasannya (Timur Jauh dan Dubai), Majid Kargaran berkata, pesawat syarikat itu mendarat pada pukul 10.37 pagi selepas penerbangan selama lapan jam dari Shiraz, Iran.

Majid berkata, syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan dua kali seminggu dari Shiraz ke Kuala Lumpur dan sebaliknya pada setiap Khamis dan Isnin, menggunakan pesawat A310-300 yang mempunyai 196 tempat duduk.

"Hari ini besar ertinya bagi kami dan kami berharap dapat menambah kekerapan kepada tiga hingga empat penerbangan seminggu," katanya.

Dengan kemasukan Mahan Air jumlah syarikat penerbangan Asia Barat yang singgah di KLIA meningkat kepada sembilan dan menawarkan 64 penerbangan seminggu ke beberapa ibu kota.

Pada masa ini, syarikat penerbangan Asia Barat lain yang membuat penerbangan ke KLIA ialah Iran Air, Emirates, Gulf Air, Saudi Arabian Airline, Etihad, Qatar Airways, Kuwait Airways dan Yemenia Yemen Airways. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pengganas Ditahan ISA

Artikel Lain