suria

Lelaki Terbunuh Jatuh Tingkat 10

IPOH: Seorang lelaki ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah bangunan di Jalan Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, Goh Kok Thye, 41, berasal dari Pulau Pinang ditemui mati tertiarap dengan kesan kecederaan parah di kepala dan badan pada 1 tengah hari tadi.

Katanya polis sedang menyiasat punca kejadian. Mayat Goh dihantar ke Hospital Raja Permasuri Bainun untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pengganas Ditahan ISA

Artikel Lain