suria

Lelaki Amuk Bakar Rumah, Rosakkan Lima Kereta

BALING: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengamuk lalu membakar rumah sendiri sebelum memecahkan cermin lima buah kereta milik keluarga serta jirannya di Kampung Hujung Bandar, Sik, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 55 tahun itu turut mencekik isterinya yang berusia 56 tahun dan anak perempuannya yang berumur 21 tahun ketika mereka sedang tidur.

Isterinya berkata, mereka terselamat apabila seorang anak lelakinya menyedari kejadian itu dan menghalang bapanya.

"Saya dan anak kemudiannya lari keluar dan meminta tolong jiran, kami sangat terkejut kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian," katanya.

Lelaki itu kemudiannya ditahan oleh polis.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Mohd Tajuddin Abdullah yang melawat keluarga berkenaan berkata, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) akan menyalurkan bantuan untuk membina rumah baru untuk keluarga tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pengganas Ditahan ISA

Artikel Lain