suria

Hanya Satu Panggilan Palsu Diterima Bomba Perlis Tahun Lepas

KANGAR: Jika Jabatan Bomba dan Penyelamat di negeri lain menerima puluhan kalau tidak ratusan panggilan kecemasan palsu saban tahun, perkara sebaliknya berlaku di Perlis yang hanya merekodkan satu panggilan sahaja pada tahun lepas.

Timbalan Pengarah Bomba negeri, Mohd Fadzil berkata, angka itu menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi pada kalangan rakyat Perlis memandangkan pada tahun sebelumnya terdapat empat panggilan kecemasan palsu direkodkan.

"Sepanjang tahun lepas kita menerima 220 panggilan kebakaran dan sebahagian besar adalah panggilan kebakaran belukar," katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan tahunan 2010 dan penyampaian anugerah khidmat cemerlang jabatan itu di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah kerugian pula dianggar RM642,330.

Mohd Fadzil berkata, jabatan itu juga bersedia membantu mana-mana pihak yang ingin menubuhkan pasukan bomba sukarela termasuk membekalkan pakaian dan peralatan yang diperlukan.

Sehingga kini terdapat sembilan pasukan bomba sukarela di negeri itu, iaitu di Padang Besar, Kaki Bukit, Lubuk Sireh, Arau, Pauh, Kuala Sanglang, Kuala Perlis, Padang Melangit dan Simpang Empat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pengganas Ditahan ISA

Artikel Lain