suria

APMM Gagalkan Cubaan Seludup Rokok Di Perairan Tawau

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritin Malaysia (APMM) menggagalkan satu cubaan menyeludup masuk rokok pelbagai jenis menerusi laut di sini semalam.

Pegawai Pemerintah, Lt Komander (Maritim) Asman Jama berkata, pihaknya mengesan sebuah bot laju dari negara jiran kira-kira pukul 7.30 malam di kawasan KM 4.8 Jalan Apas, 3.2 kilometer dari kawasan pantai.

"Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot yang dinaiki dua lelaki itu dipecut ke arah pantai. Sebaik tiba di tepi pantai, kedua-duanya terus memunggah rokok-rokok tersebut sebelum melarikan diri.

"Penyeludup meningalkan rokok jenama LA sebanyak 430 paket, Premium Internasional 25 paket dan dan Minna 120 paket," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Kastam Sabah menyerbu sebuah rumah dan kontena yang dipercayai menyimpan barang larangan import di Kampung Ansip, Keningau Isnin lepas.

Pengarahnya, Datuk Yusof Mansur berkata, pihaknya menjumpai rokok, bunga api dan mercun yang bernilai kira-kira RM350,000. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pengganas Ditahan ISA

Artikel Lain