suria

Suami Curang Dibelasah Enam Lelaki

KUANTAN: Seorang suami yang dilihat bersama seorang wanita dibelasah enam lelaki di Jalan Wong Ah Jang di sini semalam.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, ketika kejadian, si suami yang berumur 29 tahun dan bekerja sebagai buruh sedang berada di atas sebuah motosikal bersama teman wanitanya di hadapan sebuah restoran.

"Mangsa kemudiannya didatangi enam lelaki yang dipercayai saudara kepada isterinya. Mereka merampas kunci motosikal mangsa, menarik mangsa sebelum memukulnya.

"Namun teman wanitanya sempat melarikan diri lalu menghubungi polis," katanya.

Isteri mangsa kini sedang mengandungkan anak kedua mereka.

Noor Asyikin berkata, setelah dibelasah, mangsa dikatakan telah dihantar pulang ke rumahnya di Kemaman, Terengganu oleh kumpulan lelaki berkenaan.

"Keenam-enam lelaki terbabit sedang dicari oleh pihak polis untuk membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

19 GRO Ditahan Dalam Ops Noda

Artikel Lain