suria

Pekerja Cat Bangunan Maut Jatuh Dari Tingkat Tiga

KUANTAN: Seorang pekerja kontrak maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan dekat Bentong, semalam.

Nordin Ramli, 39, dari Chamang Baru, Bentong, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Bentong selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari semasa Nordin sedang mengecat di tingkat tiga bahagian hadapan asrama itu seorang diri, manakala adiknya bersama dua pekerja lain melakukan kerja yang sama di bahagian lain bangunan itu.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini beliau berkata, adik Nordin bergegas ke bahagian hadapan asrama itu selepas terdengar jeritan abangnya meminta tolong dan mendapati Nordin terbaring di atas jalan dengan kedua-dua tangannya patah.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal kesemua pekerja itu didapati tidak memakai tali pinggang keselamatan semasa bekerja, dan beliau percaya Nordin tergelincir semasa mengecat bangunan asrama itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

19 GRO Ditahan Dalam Ops Noda

Artikel Lain