suria

Nelayan Sarawak Diminta Waspada Turun Ke Laut

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menasihati nelayan supaya berwaspada semasa turun ke laut berikutan keadaan cuaca tidak menentu yang berlaku di perairan Sarawak sekarang.

Pegawai Perhubungan Awam APMM Wilayah Sarawak, Ahmad Zaharudin Baharuddin berkata, langkah berwaspada perlu diambil berikutan seorang nelayan dipercayai hilang di laut setelah botnya karam di perairan Kuala Baram, Miri pada Isnin lalu akibat cuaca buruk.

Sehingga kini nelayan tersebut yang hanya dikenali sebagai Patrick, 50, dari Kampung Dugan Sibong, Long Jamas, Miri masih belum ditemui dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

"Saya menasihati komuniti nelayan agar mengambil serius tentang aspek keselamatan apabila keluar ke laut dan kerjasama dari orang ramai amatlah diperlukan dalam menyalurkan sebarang maklumat kejadian atau kemalangan laut kepada APMM untuk tindakan segera," kata Ahmad Zaharudin.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Menyelamat Maritim Kuching di talian 082-367943, Pusat Operasi Maritim Daerah Kuching (082-392414/082-367907), Pusat Operasi Maritim Daerah Bintulu (086-314024/086- 314087), Pusat Operasi Maritim Daerah Miri (085-418204) dan Pusat Penyelarasan Menyelamat di Ibu Pejabat Putrajaya (03 89413140) untuk menyampaikan maklumat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

19 GRO Ditahan Dalam Ops Noda

Artikel Lain