suria

Muzium Ibrahim Hussein Masih Dibuka Seperti Biasa

LANGKAWI: Muzium dan Yayasan Budaya Ibrahim Hussein di Pasir Tengkorak di sini, yang mempamerkan lebih 100 lukisan dan arca pelukis tersohor itu, masih beroperasi seperti biasa walaupun ada khabar angin mengatakan ia ditutup selepas kematian pelukis itu tahun lepas.

Muzium itu dibuka setiap hari kecuali Jumaat dai 10 pagi hingga 6 petang dengan dikenakan bayaran masuk RM12 untuk dua orang termasuk seorang kanak-kanak.

Menurut jurucakap muzium itu, kebelakangan ini pengunjung semakin berkurangan ekoran timbul khabar angin yang mengatakan bahawa muzium berkenaan ditutup selepas Datuk Ibrahim Hussein meninggal dunia Februari tahun lepas. Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib, berkata muzium itu merupakan satu daripada produk pelancongan di Langkawi dan perlu diberi perhatian.

Katanya beliau akan mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat, kerajaan negeri serta pengurusan muzium itu bagi melaksanakan program penceriaan sebagai langkah mengenang jasa pelukis itu.

Abu Bakar berkata lokasi muzium yang terletak berhampiran hutan lipur Pasir Tengkorak mampu menarik ramai pelancong jika dipromosikan sewajarnya kerana ia berada dalam satu kawasan perkelahan yang indah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

19 GRO Ditahan Dalam Ops Noda

Artikel Lain