suria

Ibrahim Mahu Bawa Tuntutan Royalti Minyak Ke Mahkamah

KOTA BAHARU: Kecewa dengan sikap kerajaan Kelantan yang enggan membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyatakan kesanggupan untuk berbuat demikian.

Bagi Ibrahim tujuannya berbuat demikian hanyalah untuk membuktikan sikap sebenar kerajaan Kelantan yang takut membawa isu itu ke mahkamah kerana tahu isu itu tidak berpihak kepada mereka dan ia sebenarnya hanya dijadikan modal politik PAS semata-mata.

"Saya bagi tempoh sebulan mulai hari ini kepada kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk membawa isu tuntutan ini ke mahkamah dan jika tidak, saya sebagai rakyat Kelantan pula yang akan berbuat demikian.

"Tujuan saya untuk membuktikan PAS sebenarnya takut untuk berhadapan di mahkamah dan isu ini sengaja direka hanya untuk kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Forum Wang Ehsan yang bertajuk "Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat" di sini, malam tadi.

Forum itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan anggota panel terdiri Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai seorang lagi panel manakala Pengarah Universiti Teknologi Mara Datuk Profesor Dr Hussin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

19 GRO Ditahan Dalam Ops Noda

Artikel Lain