suria

AADK Kesan 44 Pelajar Di Kelantan Terbabit Dadah

TUMPAT: Empat puluh empat daripada 2,941 pelajar yang menjalani ujian air kencing di negeri ini baru-baru ini didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah, kata Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Abdul Bakir Zin.

Beliau berkata, kesemua mereka adalah pelajar lelaki di beberapa sekolah menengah yang berumur antara 13 dan 18 tahun.

"Mereka terbabit dalam penggunaan pil kuda dan perkara ini agak membimbangkan kami," katanya ketika melawat Unit Antidadah Sempadan (UAS) Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Menurut beliau, kedudukan Kelantan yang bersempadan dengan Thailand menyebabkan bekalan pil kuda mudah diperoleh.

AADK juga katanya, sentiasa berusaha melakukan saringan air kencing dari semasa ke semasa termasuk di kawasan sempadan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

19 GRO Ditahan Dalam Ops Noda

Artikel Lain