suria

405 Orang Masih Di Pusat Pemindahan Banjir

KINABATANGAN: Seramai 405 orang dari 76 keluarga masih berada di tujuh pusat pemindahan banjir di daerah ini sementara seramai 2,974 orang lagi dari 566 keluarga masih menumpang di rumah saudara mara mereka.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Banjir Kinabatangan, Arisin Arifin berkata, walaupun paras air sungai Kinabatangan turun pada tahap 10.83 meter pada 5 petang tadi, ia masih di paras bahaya.

"Keadaan banjir di kampung Batu Putih dan Mengaris semakin surut, manakala jambatan di Sungai Menanggul yang menghubungkan Kampung Bilit masih ditutup,' katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

19 GRO Ditahan Dalam Ops Noda

Artikel Lain