suria

Teknologi Hijau Cara Malaysia Berkembang Ke Hadapan

KUALA LUMPUR: Teknologi hijau ialah cara untuk Malaysia berkembang ke hadapan kerana ia bukan sahaja menyediakan ekonomi dengan potensi bidang pertumbuhan tetapi juga memperlihatkan Malaysia sebagai memandang jauh ke hadapan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, daya saing Malaysia di dunia boleh dipertingkatkan menerusi kecekapan dalam penggunaan elektrik dan penggunaan teknologi hijau.

Dalam temu bual dengan Oxford Business Group, beliau berkata, Malaysia mesti mewujudkan ekonomi yang rancak dan boleh menarik pelabur asing.

"Malaysia perlu dengan jayanya mendapatkan niaga janji yang baik untuk sumber baru tenaga pada masa yang sesuai. Ini akan membantu memastikan sektor eksport negara mampu bersaing dengan negara-negara jiran dan tidak mendapati dirinya tersekat oleh tarif elektrik yang tinggi.

"Kita tidak mahu produk kita dilabelkan sebagai tidak mesra persekitaran dan tidak mampan. Kita perlu setaraf dengan negara-negara antarabangsa yang berjaya dalam perdagangan global," jelas beliau dalam temu bual berkenaan.

Beliau maklum adanya halangan ke atas beberapa sumber tenaga hijau seperti kuasa solar yang masih lagi mahal dan biomas yang memerlukan kecanggihan teknologi.

Bagaimanapun, Chin berkata, kuasa elektrik hidro boleh menjadi sumber penting tenaga hijau terutamanya untuk Empangan Bakun tetapi tidak wajar untuk mengharapkannya membentuk sebahagian besar tenaga bercampur diperbaharui semula Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Pertikai Keputusan PKR

Artikel Berikut

Artikel Lain