suria

Selangor Kenal Pasti Hab Industri Baru

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor mengenal pasti Serendah, Subang, Klang Valley 2 dan I-City Shah Alam sebagai hab perindustrian barunya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kawasan sekitar Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Subang akan dimajukan untuk industri aeroangkasa manakala Serendah di Kuala Selangor untuk sektor automotif.

"Sementara itu, projek Klang Valley 2, Selangor Science Part 2 dan KLIA Aeropolis dan I-City Shah Alam akan menjadi komuniti digital pertama di Malaysia.

"Kami menantikan projek berkenaan terutamanya pembangunan I-City. Di masa depan, kawasan ini akan menjadi kawasan yang sesuai untuk bekerja dan bermain," katanya pada Persidangan Tinjauan Masa Depan Strategik Malaysia 2010 di sini hari ini.

Khalid berkata, dengan pusat pendidikan berkualiti, I-City dijangka menarik lebih banyak minat terhadap Shah Alam, ibu negeri Selangor.

Beliau berkata, negeri itu juga meneroka kemungkinan untuk terlibat dalam sektor bioteknologi, penerbangan dan hijau.

Khalid berkata, jumlah penduduk negeri itu dijangka berkembang sebanyak 2.9 peratus kepada 7.3 juta in 2020. Pada 2008, penduduk Selangor berjumlah 5.07 juta. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Pertikai Keputusan PKR

Artikel Berikut

Artikel Lain