suria

Reman Lapan Lelaki Kes Bakar Gereja Dilanjutkan

KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembakaran Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini awal bulan ini dilanjutkan selama seminggu lagi bermula hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa memberitahu hari ini bahawa polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman lapan orang itu sehingga 1 Februari ini bagi melengkapkan siasatan.

Lelaki-lelaki yang berusia antara 21 dan 26 tahun itu ditahan secara berasingan di ibu negara, 12 hari selepas kejadian pembakaran itu.

Siasatan adalah mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah atau sebagainya, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Pertikai Keputusan PKR

Artikel Berikut

Artikel Lain