suria

Pencegah Pelawa Sukarelawan Banteras Gejala Sosial

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah) menggalakkan orang ramai menyertai pertubuhan itu bagi membantu mencegah gejala sosial dan jenayah.

Presidennya, Jeevan S. Ramamurthy dalam kenyataannya hari ini berkata, Pencegah merupakan badan perantara kerajaan atau pihak berkuasa tempatan dalam mengetengahkan permasalahan orang ramai di samping menjalankan program pencegahan jenayah dan antidadah.

"Sukarelawan akan mendapat faedah dari segi pengetahuan undang-undang dan tentang cara terbaik mengatasi masalah masyarakat dengan menyertai program-program ini," katanya.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian hotline 1-700-80-6829 atau membuat pendaftaran dengan Kempen Pendaftaran Sukarelawan Pencegah di Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn di sini pada 1 Februari antara jam 10 pagi hingga 3 petang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Pertikai Keputusan PKR

Artikel Berikut

Artikel Lain