Kemelut Dalaman Parti Komponen BN Semakin Reda, Kata PM - Semasa | mStar

Kemelut Dalaman Parti Komponen BN Semakin Reda, Kata PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata krisis dalaman yang melanda beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) mulai kelihatan semakin reda.

"Ada tanda-tanda bahawa keadaan sudah reda dan mereka (pemimpin parti komponen BN) sedang melihat kepada beberapa kemungkinan yang boleh dijadikan sebagai formula.

"Jadi saya anggap bahawa usaha ini sedang dalam proses, belum muktamad lagi, belum sampai ke penghujung jalan, tetapi ada tanda-tanda bahawa penyelesaian sedang dilakukan dan boleh diterima di kalangan anggota parti mereka," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata demikian ketika diwawancara oleh Pengarah Eksekutif Editorial Media Prima Berhad Datuk Ahmad A. Talib dalam rancangan Soal Jawab terbitan TV3 yang disiarkan secara langsung dari Seri Pentas di sini malam semalam.

Perdana Menteri berkata beliau telahpun memberikan panduan kepada parti berkenaan dengan harapan bahawa kepimpinan parti yang terbabit boleh mencari formula yang terbaik dalam menyelesaikan kemelut dalaman parti masing-masing.

Beliau berkata parti komponen yang bermasalah boleh mencontohi tindakan UMNO yang membuat perubahan radikal apabila meminda perlembagaannya tahun lepas dalam memperkuatkan lagi parti itu.

"Mereka ini rakan kita, mereka boleh ikut apa yang telah dimulakan oleh UMNO kerana kita telah membuat perubahan radikal pada perhimpunan UMNO yang lepas.

"Kalau dikaji signifikan pindaan Perlembagaan UMNO ia menyaksikan hampir tiada kekangan bagi mana-mana anggota parti untuk bertanding sebarang jawatan dalam parti," katanya.

Katanya apa yang penting ialah kesemua parti komponen BN mesti mengukur diri sendiri dari segi sokongan rakyat terhadap mereka kerana apa juga kesudahannya terletak di tangan rakyat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain