suria

Kastam Unjur Hasil RM26 Bilion Tahun Ini

MELAKA: Pungutan hasil oleh Jabatan Kastam pada tahun ini diunjurkan pada RM26 bilion, hampir sama dengan jumlah tahun lepas sebanyak RM25.9 bilion.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, walaupun kutipan tahun lepas menurun 9.4 peratus berbanding kutipan 2008, jumlah itu masih boleh dibanggakan ketika negara dan dunia mengalami kegawatan ekonomi.

"Hasil kutipan Kastam amatlah kritikal untuk perbelanjaan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-28 di Akademi Kastam Diraja Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ahmad Husni berkata, dengan peningkatan hasil, kerajaan boleh menyediakan perbelanjaan yang lebih untuk kesejahteraan rakyat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Pertikai Keputusan PKR

Artikel Berikut

Artikel Lain