suria

DAP Kenal Pasti Calon Bertanding Di Kawasan Sibu

SIBU: DAP menyenarai tujuh calon untuk dipilih bertanding dalam lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Sibu pada pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi DAP Sarawak, Richard Wong Ho Leng menerusi laman blognya hari ini berkata, beliau dan Pengerusi Publisiti Negeri, David Wong Kee Woan, 48, adalah antara yang tersenarai.

Yang lain ialah muka baru, Peguam Stephen Lu, 38 dan Yap Hoi Liang, Ahli Farmasi Oscar Ling, 33, dan Alice Lau, 29, dan Jurutera Elektrik dan Elektronik, Lau Hui Ung, 32.

"Terdapat lima kerusi di Sibu. Kami mungkin tidak dapat bertanding semua lima kerusi, bergantung kepada rundingan kami dengan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Richard, 50, dijangka mempertahankan kerusi kawasan Bukit Assek yang dimenanginya pada pilihan raya lalu, sementara David, seorang peniaga yang tewas sebelum ini mungkin sekali lagi bertanding di Dudong.

Tiga lagi kerusi ialah Bawang Assan, Pelawan dan Nangka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Pertikai Keputusan PKR

Artikel Berikut

Artikel Lain