Anwar Dibenar Pinda Pembelaan Dalam Kes Saman KPN - Semasa | mStar

Anwar Dibenar Pinda Pembelaan Dalam Kes Saman KPN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibenar membuat pindaan dalam pembelaannya pada kes saman yang difailkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan berhubung siasatan insiden mata lebam Ketua Pembangkang itu pada 1998.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, A.Kaveeta.

Peguam Anwar, S.N.Nair memberitahu pemberita bahawa anak guamnya itu akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut.

Anwar membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 1 Julai, 2008 mendakwa Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan serta menyembunyikan fakta dalam siasatan kes serangan fizikal terhadapnya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998.

Musa dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 21 Julai 2008 mendakwa tuduhan itu adalah tidak berasas dan tidak benar dan telah menjejaskan reputasi, imej, ketelusan dan nama baiknya terjejas di kalangan masyarakat umum dan dalam kapasiti profesional beliau.

Beliau menafikan berkomplot mereka-reka keterangan palsu dan menyembunyikan fakta Anwar berhubung insiden serangan itu daripada masyarakat umum.

Beliau juga berkata, beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat terhadap Anwar.

Musa berkata, Anwar telah secara berniat jahat membuat laporan polis itu terhadapnya dan Abdul Gani selepas menghadapi tuduhan liwat.

Ketua Polis Negara itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, faedah sebanyak lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh Mahkamah.

Jumlah ganti rugi tidak dinyatakan dalam pernyataan tuntutannya.

Selain ganti rugi, Musa juga memohon satu perintah injunksi menghalang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu atau ejennya daripada mengulangi menerbit perkataan-perkataan berunsur fitnah tersebut.

Anwar dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 24 Oktober 2008 berkata, laporan polis dibuat adalah bersifat perlindungan mutlak dan justifikasi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?