suria

Warga Emas Maut Dihempap Kayu Dalam Kilang Tinggal

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas mati dihempap sebatang kayu dalam sebuah kilang tinggal di Kampung Batu Enam, di sini hari ini.

Mayat Mohamad Abd Ghani berusia dalam lingkungan 60-an ditemui orang awam dalam kilang yang dalam proses untuk diroboh itu pada pukul 5.15 petang.

Jurucakap polis berkata siasatan awal mendapati lelaki yang berkerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu itu ke kilang berkenaan untuk membeli kayu terpakai.

"Ketika masuk ke kilang itu, mangsa dihempap sebatang kayu sepanjang tujuh meter menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di belakang kepala," katanya.

Beliau berkata polis mengklasifkasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain