suria

PM Cadang Memoir Untuk Tun Ghazali Shafie

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencadangkan agar kerajaan melantik seseorang untuk membuat memoir bekas Menteri Dalam Negeri Allahyarham Tun Ghazali Shafie.

Beliau berkata Allahyarham merupakan seorang yang menyimpan banyak rahsia dan peristiwa yang penting dan ia wajar dirakamkan.

Katanya sebagai wira negara, Allahyarham adalah seorang pemimpin yang pernah melalui pelbagai detik mencabar negara.

"Allahyarham pernah melalui peringkat pasca kemerdekaan, pembentukan Malaysia, konfrantasi, ancaman komunis dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman adik perempuannya di Damansara Utama di sini.

Najib berkata kerajaan merasa kehilangan yang amat besar dan Allahyarham patut dikenang selama-lamanya.

Perdana Menteri berkata beliau juga merasa sedih atas kehilangan seorang negarawan yang seangkatan ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein.

"Allahyarham seorang lelaki era 20-an yang merupakan seangkatan ayahanda saya yang sudah tiada lagi," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain