suria

Suspek Bakar Surau Bertindak Sendiri: Hishammuddin

PUTRAJAYA: Empat lelaki yang ditahan polis kerana cuba membakar dua buah surau di Muar, Johor, bertindak secara sendiri, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, insiden itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh segelintir remaja dan individu nakal yang ingin menarik perhatian orang ramai.

"Insiden itu berpunca daripada perbuatan khianat oleh sekumpulan pihak yang bertindak secara bersendiri, kata Hishammuddin dalam kenyataan di sini hari ini.

Khamis lepas, dua buah surau itu mengalami kerosakan kecil selepas dibakar, yang dipercayai perbuatan khianat.

Hishammuddin juga mengucapkan tahniah kepada polis kerana kecekapan dalam menjalankan siasatan tanpa pilih kasih kerana menahan salah seorang suspek itu yang merupakan anak kepada seorang pegawai polis.

Beliau juga mengarahkan polis untuk meningkatkan pengawasan dan pemantauan bagi memastikan insiden malang itu tidak berulang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain