suria

Seorang Terbunuh 3 Parah Kemalangan Awal Pagi di Damansara

PETALING JAYA: Seorang lelaki terbunuh manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan empat buah kereta berhampiran tol Lebuhraya Damansara-Puchong awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7 pagi tadi, sebuah kereta yang dinaiki tiga orang gagal dikawal lalu bertembung dengan sebuah Proton Wira.

Impak daripada pelanggaran itu telah menyebabkan Proton Wira tersebut merempuh dua buah lagi kereta sebelum melanggar pembahagi jalan.

Ketua Trafik Subang Jaya DSP Tengku Anwar Raja Hussin ketika memberitahu demikian berkata, pemandu Proton Wira berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada dada dan juga kepalanya.

Anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa memotong kereta Proton Wira berkenaan sebelum mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Mangsa dikenali sebagai C.Kashminder, 25, dari Selayang Baru, Batu Caves.

DSP Tengku Anwar berkata, tiga lagi mangsa yang berada dalam kereta pertama yang hilang kawalan itu juga dihantar ke PPUM.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain