suria

Pesawat Ringan Terhempas Di Simunjan

KUCHING: Sebuah pesawat ringan peribadi disahkan terhempas di satu kawasan hutan dekat daerah Simunjan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, kata Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Mohamed Salleh.

Beliau yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, setakat ini pihaknya belum lagi menerima laporan lanjut berhubung kejadian tersebut namun difahamkan pesawat itu membawa dua penumpang dan nasib mereka belum diketahui.

"Saya belum lagi menerima laporan penuh kejadian tersebut namun saya mengesahkan memang ada pesawat terhempas di Simunjan pagi ini, kita masih menunggu laporan penuh," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Hornbill Skyways ketika dihubungi berkata, pihaknya memang ada menerima laporan kejadian tersebut namun ia bukanlah melibatkan pesawat milik syarikat terbabit.

Katanya, setakat ini Hornbill Skyways tidak terlibat dalam sebarang operasi mencari dan menyelamat (SAR) kerana ia hanya membabitkan Unit Udara Polis dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain