suria

MTUC Gesa KWSP Beri Dividen Lebih Tinggi

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan kadar dividen lebih tinggi pada tahun ini berikutan peningkatan pendapatan daripada pelaburannya.

Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata, sejak 10 tahun lepas, kadar dividen paling tinggi dibayar KWSP ialah enam peratus iaitu pada tahun 2000.

Katanya, pada tahun lain, kadar dividen yang diberi ialah antara 4.25 dan 5.8 peratus, termasuk 4.5 peratus pada tahun lepas.

Balasubramaniam berkata, KWSP mengumumkan bahawa ia memperoleh pendapatan berjumlah RM5.5 bilion bagi suku ketiga tahun lepas, berbanding RM3.6 bilion bagi tempoh yang sama pada 2008.

"Berikutan peningkatan pendapatan ini, kami menjangka KWSP membayar dividen lebih tinggi," katanya.

KWSP mempunyai 12 juta pencarum, 5.1 juta daripadanya pencarum aktif. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain