suria

Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor

Khalid Samad meninggalkan Istana Kayangan selepas menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Shah Alam hari ini. - Foto The Star

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pagi tadi menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini dipercayai berkaitan isu dikatakan tidak menghormati baginda selain kalimah Allah.

Khalid yang ditemui pemberita di perkarangan istana bagaimanapun tidak menyatakan butiran mengenai perjumpaan tersebut.

"Perjumpaan saya dan Baginda Sultan adalah mengenai Shah Alam dan wawasan negeri serta permasalahan lain," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

Beliau turut menafikan dipanggil ke istana untuk menghadap Sultan Sharafuddin.

"Perjumpaan ini adalah hasil permintaan saya sendiri November lalu, bukan dipanggil," dakwanya.

Bagaimanapun, Khalid memberitahu ada menerima nasihat daripada Sultan Selangor mengenai agama namun tidak menghurai lanjut mengenai butirannya.

"Baginda ada menasihati mengenai perihal berkaitan agama dan saya mendengar dengan baik setiap nasihat yang diberikan," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain