suria

Empat Pegawai Kerajaan Ditangkap Berhubung Sindiket Curi Pasir

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menangkap empat pegawai kerajaan di dua buah negeri kerana disyaki terlibat dengan sindiket mencuri dan menyeludup pasir.

Menurut kenyataan ibu pejabat SPRM di sini semalam, penangkapan itu membabitkan tiga orang di Pahang dan seorang di Johor menjadikan jumlah keseluruhan seramai 38 orang yang diberkas setakat ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengumumkan penangkapan 34 orang di lima buah negeri kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri dan menyeludup pasir.

Menurut kenyataan itu, 20 orang telah ditahan reman antara empat dan tujuh hari, manakala selebihnya dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah pernyataan percakapan mereka diambil. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain