suria

Kecemerlangan Dr Anuar Harus Diteruskan - Rais

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (tiga, kiri) membacakan Yassin ketika menziarahi jenazah Timbalan Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Dr Anuar Nor Azrai di rumahnya di Shah Alam, hari ini. Allahyarham Anuar, 66, yang juga seorang pengkritik filem, menghembuskan nafas terakhir pukul 5.25 petang semalam di Pusat Perubatan Selangor di sini akibat komplikasi paru-paru. -- fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Kecemerlangan Timbalan Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Dr Anuar Nor Arai yang meninggal dunia semalam harus diteruskan oleh ahli akademik di institut itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Kita kehilangan seorang anggota akademik di Aswara dengan pemergian Dr Anuar. Kehilangan ini tentu sekali dirasai oleh para pelajar di Aswara sendiri, oleh kerana beliau telah sekian lama berkhidmat dan membimbing warga seni di Aswara," katanya selepas menziarahi keluarga dan membacakan Yassin untuk arwah di rumahnya di sini hari ini.

Anuar, yang juga seorang pengkritik filem, menghembuskan nafas terakhir pukul 5.25 petang semalam di Pusat Perubatan Selangor di sini akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham berusia 66 tahun.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini.

Anuar mencipta sejarah dalam bidang perfileman tanah air kerana mengarah filem dengan durasi terpanjang iaitu selama lima jam berjudul Johnny Bikin Filem pada 1995, bagaimanapun filem itu tidak pernah ditayangkan di panggung.

Beliau yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teater dan filem itu, turut menghasilkan skrip-skrip drama dan mengarahkan beberapa telefilem, selain pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain