suria

Barat Mesti Sedar Kesilapan Tangani Keganasan

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata peperangan menentang gerila tidak akan dapat diselesaikan walaupun menggunakan senjata pemusnah yang moden.

Bekas Perdana Menteri berkata, peperangan dengan gerila menggunakan tentera darat, laut dan udara mustahil dapat menghapuskan pejuang terbabit.

"Dunia tidak menyedari hal ini, akhirnya pejuang gerila tetap akan menang seperti mana kita dapat lihat di Iraq dan Afghanistan.

"Kerajaan atau pemerintah mungkin akan menyerahkan diri, tetapi anggota gerila tetap akan melawan sampai bila-bila," beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Bagi Menyokong Al-Quds di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, kehadiran Israel di bumi Palestin menunjukkan sikap Yahudi yang hanya mementingkan mengenai kejayaan, dan keseronokan.

Katanya, pihak yang bertanggungjawab mendokong penubuhan Israel pada hakikatnya dari segi keselamatan, kewangan dan ketenteraan sekali pun tidak dapat menjamin keselamatan mereka sendiri.

"Serangan bahaya atau pembunuhan akan berlaku di mana-mana sahaja," katanya.

"Jika mereka beranggapan bahawa setiap muslim adalah pengganas, mereka sebenarnya berhadapan dengan 1.6 juta musuh yang setiap pelosok dunia," jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menegaskan, negara barat mesti mengakui kesilapan yang dengan menanggung kesalahan yang dilakukannya sebelum diadili undang-undang antarabangsa berkiatan isu Palestin.

"Sekurang-kurangnya mengkaji hak orang Arab Palestin terhadap tanah air mereka," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain