suria

Siasat Dalang Bocorkan Maklumat Untuk Elak Tuding Jari - Husam

KOTA BAHARU: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa hari ini menyarankan agar siasatan berhubung kebocoran maklumat mengenai kompleks perniagaan Bazar Tok Guru dimulakan dengan anggota exco Kelantan.

Mengusulkan perkara itu kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau berkata langkah tersebut bagi mengelakkan perbuatan menuding jari serta prasangka yang berterusan di antara satu sama lain.

"Jalan yang paling mudah rasa saya ialah Tok Guru (Nik Aziz) memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya," kata beliau menerusi blognya cetusanhati.blogspot hari ini.

Husam mengulas mengenai pendedahan maklumat yang dibincangkan dalam mesyuarat exco pada minggu lepas itu oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz menerusi blognya Kickdefella.

Syed Azidi mendakwa kerajaan Kelantan kerugian RM50 juta dalam isu kompleks Bazar Tok Guru itu ekoran berlaku penyelewengan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz.

Berikutan pendedahan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan dilapor meminta Nik Abdul Aziz menyiasat kebocoran maklumat tersebut kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain