suria

Pungutan Zakat MAIK RM66.52 Juta Tahun Lepas

KOTA BAHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memungut zakat berjumlah RM66.52 juta sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Kamaruddin Mohd Zin.

Menurutnya, jumlah itu meningkat RM8.36 juta atau 14.37 peratus berbanding jumlah pungutan zakat bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya iaitu RM58.16 juta.

Zakat pendapatan merupakan penyumbang utama dalam pungutan zakat sepanjang tahun lepas dan ini menunjukkan satu peningkatan yang memberangsangkan setiap tahun, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pungutan zakat perniagaan bagi tahun lepas mengalami sedikit penurunan sebanyak 9.35 peratus iaitu RM16.87 juta berbanding pada tahun sebelumnya.

Dengan pungutan yang memberangsangkan itu, menurutnya MAIK akan membina sebanyak 110 unit rumah untuk keluarga miskin membabitkan kos RM3.3 juta bagi menyediakan tempat tinggal lebih selesa kepada golongan sasaran tersebut.

Sehingga akhir tahun lepas, MAIK telah membina sebanyak 386 unit rumah di bawah program Bantuan Pembinaan Rumah Kediaman kepada fakir miskin dengan peruntukan RM11.195 juta.

"Selain itu, kita juga mengadakan program bantuan melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negara, biassiswa Tengku Anis, bantuan pemulihan rumah kediaman dan perniagaan serta bantuan rawatan dan perubatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain