suria

Polis Sandakan Rampas 72 Gram Syabu

SANDAKAN: Polis merampas 72 gram syabu daripada dua lelaki warga asing dalam serbuan terhadap sebuah rumah setinggan di Sentosa Jaya di sini, Sabtu lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata dua lelaki yang ditahan berusia lingkungan 20-an dan 30-an adalah warga Filipina serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Katanya serbuan dilakukan kira-kira pukul 3.30 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sini berdasarkan maklumat yang diterima. "Nilai syabu yang dirampas itu dianggarkan berjumlah RM30,000 dan dipercayai untuk pasaran di daerah ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fadzil kedua-dua lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain