suria

Kejadian Perahu Naga Karam Perlu Dijadikan Peringatan - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kejadian perahu naga karam semalam yang menyebabkan lima pelajar dan seorang guru mati lemas dijadikan sebagai satu peringatan supaya kejadian serupa tidak berulang.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata semua sekolah perlu mengambil langkah lebih berhati-hati apabila mengendalikan aktiviti kokurikulum kerana malang tidak berbau.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. "Sekolah ini adalah sekolah yang cemerlang dalam bidang lumba perahu. Ini satu-satunya sekolah di Pulau Pinang dikatakan mempunyai pasukan sendiri dan bukan pertama kali sudah bertahun-tahun (terlibat dalam aktiviti ini). "Tetapi orang kata malang tidak berbau," katanya kepada pemberita selepas melancarkan insiatif MyID dan merasmikan persidangan Ketua-Ketua Agensi Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain