suria

Isu Rumah Ibadat: NGO Islam, Kristian Pahang Bersepakat

Pemimpin-pemimpin 17 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan 13 NGO Kristian Pahang yang bertemu hari ini di Kuantan mengadakan satu perjumpaan dalam mencari kesepakatan mengenai isu serangan ke atas rumah ibadat baru-baru ini. - Foto Ihsan Utusan

KUANTAN: Sebanyak 17 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan 13 NGO Kristian Pahang semalam mengadakan satu perjumpaan dalam mencari kesepakatan mengenai isu serangan ke atas rumah ibadat baru-baru ini.

Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan menyifatkan perjumpaan itu sebagai positif dan satu pernyataan muhibbah akan disebarkan kepada rakyat di negeri itu.

Beliau turut menyarankan supaya badan NGO lain di negara ini mengadakan perjumpaan seumpama itu.

Antara NGO menyertai perjumpaan tersebut ialah ABIM, Ikatan Muslimin Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Gereja Baptis Kuantan, Kuantan Chapel dan Victory Assembly.

"Perjumpaan ini kerana menyedari bahawa teras perpaduan rakyat amat berkait rapat dengan keharmonian hubungan berbilang agama dalam negara dan kami menyedari bahawa setiap individu perlu memainkan peranan dalam menjamin kesejahteraan negara dan rakyat," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di sini.

Sementara itu, wakil Paderi Kristian Kuantan, George Lau menggesa agar semua pihak menghormati kedudukan agama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sebagai NGO, kami menggesa agar semua pihak menghentikan segala kekacauan yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat," katanya.

Beliau berkata, pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemusnahan masjid dan gereja mesti dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Katanya, NGO sentiasa menyokong inisiatif dalam meningkatkan interaksi dan persefahaman antara agama. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain