suria

Amaran Kepada Yang Tinggal Melebihi Tempoh Di Luar Negara

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang didapati tinggal melebihi tempoh di luar negara akan didenda oleh Jabatan Imigresen dengan tidak akan membaharui pasport mereka untuk tempoh tertentu bergantung kepada bentuk kes yang dihadapi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata sudah terdapat banyak kes di mana pemohon tidak dibaharui pasport apabila didapati mereka tinggal lebih dari tempoh had masa di luar negara.

"Dalam banyak keadaan bila mereka dihantar pulang, kita tidak akan membaharui pasport mereka untuk tempoh minimum tiga tahun.

"Sekiranya mereka melakukan jenayah dan dipenjara, kita mungkin menafikan pasport mereka untuk tempoh 10 tahun, bergantung kepada keseriusan kes mereka," katanya kepada Bernama.

Abdul Rahman berkata mereka yang tinggal melebihi tempoh lebih baik menyerah diri kepada pihak berkuasa di negara berkenaan kerana tindakan yang akan diambil adalah lebih bertolak-ansur berbanding sekiranya ditahan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain