suria

Kastam Rampas 7,000kg Mercun, Bunga Api

Azis Yacub menunjukkan mercun dan bunga api yang berjaya dirampas pada sidang sidang media di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto BERNAMA
Azis Yacub menunjukkan mercun dan bunga api yang berjaya dirampas pada sidang sidang media di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto BERNAMA
Azis Yacub menunjukkan mercun dan bunga api yang berjaya dirampas pada sidang sidang media di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA TERNGGANU: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu berjaya mematahkan cubaan menyeludup 7,000 kilogram mercun dan bunga api bernilai RM210,000 dalam sebuah lori di Ladang Cerul, Sri Bandi, Kemaman, Khamis lepas.

Pengarah Kastam Negeri Datuk Azis Yacub berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota cawangan penguatkuasaan menemui bekalan mercun dan bunga api dalam sebuah lori yang ditinggalkan di kawasan itu pada pukul 3 pagi itu.

Bekalan itu dengan nilai cukai RM136,000 dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan di Lembah Klang dan Selangor sempena sambutan Tahun Baru Cina bulan depan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kesemua barangan dan lori itu dirampas mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana membawa barang larangan tanpa permit.

Dalam kes berasingan, Azis berkata mereka menyita dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta Mitsubishi Galant dan sebuah kenderaan pelbagai guna, Honda Odyssey, yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Katanya kereta Mitsubishi Galant bernilai RM20,000 itu melibatkan cukai kira-kira RM36,000 disita pada Isnin lepas, manakala Honda Odyssey yang disita pada hari berikutnya dianggar bernilai RM38,000 dengan nilai cukai RM64,410.

Katanya, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan dalam kes kenderaan Honda Odyssey itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Usaha Bersihkan Sungai Klang

Artikel Lain