suria

Seorang Maut, Dua Parah Kereta Rempuh Bas

REMBAU: Seorang lelaki maut manakala dua rakannya parah selepas kereta jenis Hyundai Elantra yang mereka naiki merempuh belakang sebuah bas persiaran dalam kejadian pada 5.15 pagi ini di Kilometer 229.5 Lebuhraya Utara-Selatan.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku berhampiran plaza tol Simpang Ampat apabila bas terbabit yang tidak membawa penumpang merempuh belakang sebuah treler.

"Akibat pelanggaran itu, bas terbabas dan melintang ke tengah jalan. Kereta yang dinaiki mangsa pula tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian tepi belakang bas," katanya.

Kemalangan itu mengakibatkan mangsa, S. Ganesha, 23, tersepit di tempat duduk penumpang depan. Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Dua rakannya yang cedera parah pula dihantar ke Hospital Seremban. - BERNAMA

Artikel Lain