suria

Kerajaan Berbelanja Besar Setiap Tahun Untuk SJKC

BATU PAHAT: Kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar setiap tahun untuk membiayai operasi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Dr Mohd Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat memberi contoh bagaimana pada tahun 2008 kerajaan memperuntukkan RM1.8 bilion sebagai bantuan kewangan untuk membiayai operasi SJKC termasuk pembayaran gaji guru-gurunya.

"Kerajaan sememangnya berbelanja besar untuk pendidikan SJKC dan kita tidak mahu apa-apa balasan kecuali janji bahawa pelajar-pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh," katanya pada majlis makan malam di SJKC Cheng Siu di sini malam tadi.

Menurutnya, menerusi pakej rangsangan ekonomi pertama, kerajaan memperuntukkan RM50 juta kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan peruntukan itu ditambah sebanyak RM50 juta lagi menerusi pakej rangsangan ekonomi yang kedua.

Dr Mohd Puad berkata, peruntukan kewangan itu menunjukkan komitmen kerajaan terhadap sekolah-sekolah jenis kebangsaan di negara ini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM30,000 kepada SJKC Cheng Siu pada majlis itu. - BERNAMA

Artikel Lain