suria

Pelajar Warga Sri Lanka Disamun, Dirogol

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar warga Sri Lanka di sebuah universiti swasta di Semenyih kini berada dalam keadaan trauma setelah menjadi mangsa samun dan rogol oleh seorang lelaki yang menyerangnya di Taman Tasik Semenyih dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Shakaruddin Che Mood berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun sedang berjalan kaki ke rumahnya di kawasan itu sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

"Mangsa yang berjalan kaki berseorangan baru pulang dari menghantar makanan ke rumah teman lelakinya yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa. Secara tiba-tiba mangsa dihampiri seorang lelaki yang kemudiannya menyamun dan memukul mangsa hingga pengsan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata suspek kemudiannya dipercayai mengheret wanita itu ke sebuah rumah kosong berdekatan kawasan itu sebelum bertindak merogolnya.

"Suspek bagaimanapun melarikan diri setelah mangsa tiba-tiba tersedar," katanya sambil menambah polis sedang giat memburu suspek tersebut.

Beliau berkata polis masih belum mengambil keterangan mangsa berikutan pelajar itu masih trauma.

Mangsa ditempatkan di Hospital Kajang untuk rawatan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

YWP Bantu 161 Pelajar Miskin

Artikel Lain