suria

Nik Aziz Sahkan Kerajaan Negeri Beli Bazar Tok Guru Daripada Pemaju

BACHOK: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur, kerana masalah teknikal.

Bagaimanapun, katanya harga bagi pembelian itu yang dibuat menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) masih dalam peringkat rundingan dengan pihak pemaju.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa membeli semula kompleks bazar yang sedang dalam pembinaan itu kerana masalah teknikal...untuk menjaga kepentingan peniaga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bubur Asyura di Kampung Sri Kemunting, Beah, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan penulis blog Kickdefella dalam blognya yang mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kerana membeli projek kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz.

"Saya juga memberi jaminan peniaga yang dipindahkan dari Arkib Uda dan Pasar Lama MPKB akan diberi keutamaan memiliki tingkat bawah bazar berkenaan, sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin agama lain dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara orang Islam dan bukan Islam.- BERNAMA

Artikel Sebelum

YWP Bantu 161 Pelajar Miskin

Artikel Lain