suria

Keputusan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Hari Ini

KUALA LUMPUR: Pelajar lepasan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh membuat semakan tawaran permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) secara online mulai hari ini melalui www.moe.gov.my.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata mereka menawarkan 4,500 tempat ke Tingkatan Empat di SBP tahun ini.

Dalam kenyataan di sini, katanya, pihaknya telah menerima 46,318 permohonan tahun ini termasuk 28,188 pelajar mencapai keputusan semua A dalam PMR tahun lepas.

Katanya pelajar yang berjaya mendapat tempat ke SBP perlu membuat pendaftaran pada 2 Feb depan.

Bagaimanapun, pemohon yang gagal mendapat tempat ke SBP boleh membuat rayuan secara online menggunakan e-rayuan bermula hari ini hingga 8 Februari ini.

Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran selesai, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YWP Bantu 161 Pelajar Miskin

Artikel Lain