suria

Najib Tiba Di Jeddah Untuk Lawatan Empat Hari Ke Arab Saudi

JEDDAH: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba malam tadi untuk lawatan empat hari ke Arab Saudi. Perdana Menteri diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa menteri serta pemimpin negeri.

Ini merupakan lawatan rasmi pertamanya ke Arab Saudi sejak menjadi Perdana Menteri April tahun lepas.

Pesawat membawa beliau dan rombongan mendarat di lapangan terbang antarabangsa Jeddah pada 10.45 malam (3.45 pagi waktu Malaysia).

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Gabenor Jeddah, Putera Mishaal bin Majed. Lawatan beliau adalah atas undangan Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain