Malaysia Perlu Lebih Ramai Tenaga Jururawat Mahir - Semasa | mStar

Malaysia Perlu Lebih Ramai Tenaga Jururawat Mahir

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga kejururawatan mahir dan berpengetahuan dalam lima bidang utama iaitu perbidanan, unit kawalan rapi (ICU), Unit Rawatan Jantung (CCU), Trauma dan Rehabilitasi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada masa ini, hanya 31 peratus tempat telah diisi dengan jururawat yang mahir dalam bidang berkenaan.

"Keperluan paling mendesak ialah jururawat lepasan asas kursus iaitu jururawat yang khusus dalam bidang CCU, ICU, Trauma, Rehalitasi dan perbidanan di mana sekarang lebih kurang 31 peratus pengisian sahaja.

"Kita akan teruskan meningkatkan bilangan jururawat terlatih dalam lima bidang ini dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) di antara Kementerian Kesihatan dan 40 Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di sini hari ini.

Katanya, sehingga kini terdapat 420 jururawat telah dilatih dalam lima bidang utama tersebut dan dianggap jumlahnya masih kecil.

Menurut beliau, antara sebab kekurangan jururawat dalam bidang berkenaan ialah kerana kurangnya tempat latihan kerana mereka memerlukan latihan spesifik dalam tempoh masa tertentu.

"Untuk menjadi pengkhususan, mereka memerlukan masa yang lama sedikit untuk melalui latihan antara enam bulan hingga satu tahun," kata Liow.

Justeru itu, beliau berkata dengan adanya kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan IPTA/IPTS di seluruh negara, ia dapat membantu memberikan ruang latihan serta kemudahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan dalam bidang berkenaan.

Katanya, pada masa kini, terdapat 109 kolej dan universiti yang menawarkan kursus latihan kejururawatan termasuk 85 IPTS, 10 IPTA, satu di Kementerian Pertahanan dan 38 dari Kementerian Kesihatan.

Liow berkata sehingga kini, terdapat 80,000 jururawat atau 88 peratus jawatan jururawat telah diisi di semua hospital dan klinik di seluruh negara.

Liow turut memaklumkan bahawa seramai 1,078 jururawat tempatan bekerja di luar negara khususnya di Timur Tengah, manakala seramai 1,118 orang jururawat dari 19 negara Komanwel dan Asean yang berkhidmat di Malaysia.

"Kita tidak menghadapi kekurangan disebabkan ini (jururawat ke luar negara) kerana kita memang beri tumpuan kepada latihan dan kita melatih 9,000 jururawat setiap tahun. Mereka yang dihantar ke luar negara untuk pemindahan pengetahuan," katanya.

Beliau berkata kementerian juga mensasarkan nisbah antara jururawat dan penduduk kepada 1:198 iaitu lebih baik daripada yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 1:200.

Katanya, nisbah jururawat kepada penduduk sekarang ialah 1:329 dan mengikut unjuran stok dan keperluan tenaga manusia menjelang 2010, seramai 144,544 orang jururawat diperlukan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Lelaki Disyaki Perogol Bersiri Diberkas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain