suria

Lelaki Dakwa Jutawan Lubnan Diberkas Bersama Wang Lama Palsu Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya jutawan Lubnan diberkas di sebuah hotel di sini bersama wang lama palsu Amerika Syarikat.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan oleh pada 12.05 tengah malam Ahad lepas setelah seorang pekerja pengemas bilik hotel di Bukit Bintang itu membuat laporan setelah menerima sekeping wang kertas US$500 sebagai tip daripada lelaki itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany.

Beliau berkata polis menemui 60 keping wang kertas US$1 juta setiap satu, 60 keping wang kertas US$100,000 dan 40 keping wang kertas US$500.

Nilai paling tinggi wang kertas dolar Amerika Syarikat sekarang ialah US$100.

Izany berkata polis sedang menyiasat dari mana wang itu diperoleh dan tujuan ia digunakan.

"Kalau kita tengok wang itu ia merupakan mata wang lama dipercayai digunakan sekitar tahun 1934," katanya.

Suspek itu juga sedang menghadapi perbicaraan kerana tuduhan menipu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain