'Bapa Angkat' Bahagian Umno Turun Padang Bulan Ini - Semasa | mStar

'Bapa Angkat' Bahagian Umno Turun Padang Bulan Ini

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno yang dilantik menjadi 'bapa angkat' kepada lima bahagian, setiap satu bahagian di lima negeri berlainan, akan mula turun padang bulan ini bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat selaras program Juara Rakyat anjuran parti itu.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, bahagian 'angkat' bagi ahli MT itu diputuskan dalam mesyuarat MT Umno pada 4 Disember lepas.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, program Juara Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Hulu Selangor pada 9 Januari lepas akan digerakkan di kesemua 191 bahagian Umno pada setiap bulan mengikut tema yang ditetapkan.

"Contohnya bagi Mac, temanya adalah 'agensi kerajaan'. Kami akan kumpulkan semua agensi kerajaan di satu-satu bahagian, iaitu lebih kurang 30 gerai dalam satu dewan, dan mengadakan 'hari bersama pelanggan'," katanya.

Setiap bahagian perlu menganjurkan program itu dalam tempoh dua hari satu malam di tempat masing-masing setiap bulan.

Ahmad berkata, walaupun Umno pusat menyediakan peruntukan untuk program itu, setiap bahagian digalakkan mencari peruntukan tambahan.

Beliau berkata, program Juara Rakyat itu diadakan sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah rakyat setempat yang sudah lama tertangguh dan tidak mendapat perhatian.

"Penggunaan perkataan juara mempunyai makna yang luas...iaitu pemimpin menjuarai kehidupan rakyat dan akhirnya rakyat menjadi juara kerana nasib mereka terbela dan hidup bahagia," katanya.

Ahmad berkata, selaku Ketua Penerangan beliau akan membentangkan laporan mengenai perjalanan program itu dalam mesyuarat MT Umno dari masa ke semasa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Ah Long Kini Sukar Cari Makan - Abu Seman

Artikel Berikut

Bayaran Makanan Asrama Sekolah Dipinda

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain